Pages

Wednesday, November 24, 2010

Tips Jimat Petrol



Anda boleh mendapat tambahan penggunaan petroleum bagi kenderaan anda jika tahu caranya. Berikut adalah beberapa panduan mudah dan berguna untuk menjimatkan penggunaan petrol. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan, tetapi juga melindungi alam sekitar.

1. Elakkan membuat pemanasan enjin secara berterusan, walaupun pada waktu pagi yang dingin. Pemanasan selama 30 hingga 45 saat sudah memadai. Sebenarnya anda boleh terus memandu sebaik sahaja menghidupkan enjin kerana teknologi enjin pada masa ini membolehkan anda berbuat sedemikian. Dalam masa yang sama anda dapat mengurangkan penggunaan bahan api.


2. Jangan menghidupkan dan menghentikan enjin sesuka hati. Menghidupkan enjin dalam tempoh seminit menggunakan jumlah bahan api yang sama ketika memulakan enjin.


3. Elakkan daripada menekan-nekan enjin berlebih-lebihan, terutamanya sebelum mematikan enjin. Ini akan membazirkan bahan api serta menyebabkan minyak mengalir keluar daripada dinding silinder, dan seterusnya menyebabkan kehilangan tekanan minyak.


4. Jangan terus memecut kereta dengan laju. Tambah tahap kelajuan dengan perlahan-lahan apabila mula memandu. Jangan menekan pedal lebih daripada 1/4 kadar maksimum pedal. Ini membolehkan karburator berfungsi pada kecekapan yang sempurna.

5. Jangan letak kaki kiri anda pada pedal cekam semasa memandu. Tekanan yang sedikit pada pedal cekam akan menyebabkan ‘seretan mekanikal’ pada komponen-komponen, menyebabkan fungsi pencekam hilang dengan cepat. `Seretan’ ini juga meningkatkan penggunaan bahan api.

6.Elakkan daripada menggunakan jalan yang kasar kerana kotoran atau batu kerikil meningkatkan 30 peratus penggunaan bahan api.

7. Gunakan jalan alternatif yang selamat, pendek dan lurus. Jalan yang berselekoh, berlengkung dan berbendol menggunakan lebih banyak petrol. Jarak terpendek antara dua titik selalunya lebih lurus.

8. Masa lampu isyarat biasanya telah diselaraskan untuk memberi kelebihan kepada kenderaan. Dengan bergerak secara tetap pada had laju yang dibenarkan, anda berpeluang untuk melepasi lampu hijau di sepanjang jalan.

9. Letak kereta dalam keadaan anda boleh terus bergerak dengan menggunakan gear hadapan. Elakkan menggunakan gear mengundur bagi menjimatkan petrol.

10. Tanggalkan getah di bahagian bumbung kenderaan kerana ia boleh menyebabkan heretan angin. Permukaan yang kasar mengganggu pergerakan angin yang licin pada badan kereta. Fikirkan sebelum membeli kereta baru bahawa pelindung matahari boleh merencatkan pergerakan licin angin (dan jarak perjalanan).

11. Tutup cermin tingkap, terutamanya pada kelajuan yang tinggi. Tanggalkan karier pada bumbung jika anda tidak menggunakannya. Karier pada bumbung akan memberi kesan pada kecekapan aerodinamik kepada kenderaan dan ia menyebabkan heretan yang meningkatkan penggunaan bahan api kepada 5 peratus.

12. Guna pendingin hawa apabila perlu sahaja kerana pendingin hawa akan menambah tekanan kepada enjin. Alternatif lain adalah anda boleh menurunkan tingkap cermin kereta. Walaupun anda boleh hilangkan kecekapan bahan api melalui sistem aerodinamik, namun ia jauh lebih menjimatkan daripada menggunakan pendingin hawa pada kelajuan rendah.

13. Membiarkan enjin hidup dalam keadaan kenderaan berhenti akan terus membakar bahan api. Oleh itu matikan enjin ketika sedang berbaris atau menunggu seseorang.

14. Cuba mengagak aliran lalu lintas dengan melihat pergerakan kenderaan di hadapan, sejauh yang mungkin, bagi mengelak daripada berhenti dan menggerakkan kenderaan dengan kerap.

15. Pertimbangkan untuk berkongsi kereta apabila pergi ke tempat kerja atau ketika bercuti. Anda akan membantu mengurangkan kesesakan jalan raya dan penggunaan bahan api.

16. Rancang perjalanan kenderaan anda. Senaraikan tempat akan anda pergi dan gabungkan perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain berdasarkan jarak terdekat.

 Sumber: http://www.kkk.org.my

Pecah Rumah

                                                                                                                                                
Pihak polis telah mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada tempoh masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi sanak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; 

1.maklumkan alamat rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat.
2. Dapatkan nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam.

Bagaimana boleh berlaku?

•Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
•Menggunakan "jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
•Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi
•Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
•Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
•Menggunakan kunci pendua.

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

•Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
•Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing,
•Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
•Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
•Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
•Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
•Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
•Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan

•Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.
•Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
•Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperd lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
•Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
•Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
•Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
•Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
•Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
•Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
•Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
•Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.
•Memang benar, semua lelaki bukannya besifat pendera, tetapi lazimnya, lelaki adalah pendera dan wanita menjadi mangsa. Lelaki memukul kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak demikian atau berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama dari wanita.

Nasihat Apabila Berlaku Pecah Rumah

•Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
•Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

Sumber Maklumat:http://polisperak.rmp.gov.my/polisperak/KhidmatNasihat/PECAHRUAMAH/PecahRumah.htm

Keselamatan Kanak-kanak di Dalam Kereta


Bagaimana hendak menjaga keselamatan anak-anak anda di dalam kereta?


Tempat duduk kanak-kanak dan bayi adalah di tempat duduk belakang kereta. Elakkan daripada meletakkan mereka di tempat duduk hadapan kerana ianya amat merbahaya jika terjadi kemalangan.
Sesetengah kereta mempunyai beg udara yang boleh mencederakan kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak berapa tinggi apabila ia menggelembung.

Pastikan bayi atau kanak-kanak sentiasa diikat dengan kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak-kanak. Gunakan tempat duduk yang sesuai dengan usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula mestilah dikancing dengan kemas dan sempurna. Ini amat penting untuk menjamin keselamatan mereka!
•Untuk memastikan seorang kanak-kanak atau bayi yang aktif terikat dengan kemas di kerusi masing-masing bukanlah suatu kerja mudah tetapi ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka sekiranya terjadi kemalangan.

•Walaupun kanak-kanak berusia di antara empat hingga dua belas tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta. Jika tidak, anda boleh memasangnya.

•Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh duduk di tempat duduk hadapan tetapi pastikan mereka memakai tali pinggang keledar dengan sempurna sekalipun untuk perjalanan yang dekat.

Tali pinggang keledar hendaklah dipakai seketat mungkin. Tali pinggang duduk hendaklah dipakai di paras pelvis bukannya di atas perut. Pastikan tali pinggang tempat duduk bayi berada di atas bahu mereka bukannya di leher dan jangan biarkan bayi mengeluarkan sebahagian bahu mereka dari tali pinggang keledar.

•Kanak-kanak biasanya akan menjadi tidak tenteram apabila memakai tali pinggang keledar. Mereka akan merengek atau meragam minta dilepaskan dari ikatan. Jangan sekali-kali mengalah dengan mereka kerana semuanya adalah untuk keselamatan mereka. Dan jangan sekali-kali meriba bayi atau kanak-kanak walaupun untuk perjalanan yang dekat.

Kanak-kanak juga tidak boleh ditinggalkan sendirian di dalam kereta kerana mereka boleh lemas akibat daripada suhu dalam kereta yang boleh meningkat dengan mendadak. Lagipun, kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian sering menjadi mangsa penculikan.

Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda.

•Pastikan mereka sentiasa selamat di jalan raya.


Tuesday, November 23, 2010

Memandu Perjalanan Jauh

    Tips Keselamatan Jalanraya

Rancang Perjalanan Anda

Jika anda akan melakukan perjalanan jauh, rancanglah perjalanan untuk mengelakkan rasa letih dan mengantuk. Tulis atau tandakan perjalanan anda di dalam peta perjalanan anda pastikan laluan alternatif yang boleh digunakan jika jalan utama mengalami kesesakan atau tidak boleh dilalui.

•Elakkan dari memulakan perjalanan pada waktu awal pagi atau memandu pada waktu tengahari selepas waktu kerja.
•Anda hendaklah berhenti berehat setiap 2 jam masa pemanduan dan berehat tidak kurang dari 20 minit.
•Ada baiknya jika anda ditemani oleh pemandu kedua yang boleh memandu secara bergilir.

•Anda lebih selamat menggunakan pengangkutan awam
      

Periksa kenderaan anda

•Tayar dalam keadaan baik;
•Tekanan angin tayar yang mencukupi;
•Lampu hadapan, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi;
•Cecair enjin kenderaan seperti minyak enjin dan minyak brek yang mencukupi
•Selenggara kenderaan anda di pusat perkhidmatan kenderaan mengikut jadual

Mengantuk Semasa Memandu

•Jika anda rasa mengantuk semasa memandu, besar kemungkinan anda akan terlibat dalam kemalangan jika ianya dibiarkan berterusan.
•Menambah kesejukan penghawa dingin, membuka tingkap kenderaan, mendengar radio, bercakap atau menyanyi hanya dapat menghilangkan rasa mengantuk untuk sementara waktu.
•Kesempatan tersebut boleh membantu anda untuk mencari tempat yang sesuai dan selamat untuk berhenti.

Perkara-perkara berikut boleh dilakukan bila anda merasa mengantuk:
•Jangan meneruskan perjalanan, cari tempat yang sesuai dan selamat untuk berhenti berehat
•Minum secawan atau dua cawan kopi keras yang mempunyai kandungan kafeina yang tinggi
•Tidur dalam tempoh 15 minit atau lebih. Hanya tidur sahaja yang boleh menghilangkan rasa mengantuk

                                          
Terlelap semasa memandu

Kemalangan jalanraya banyak berlaku kerana pemandunya letih dan mengantuk. Ini mungkin disebabkan:

•Perjalanan yang jauh dan menjemukan terutamanya sewaktu memandu di lebuhraya
•Memandu di antara pukul 2.00 pagi hingga 6.00 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
•Minum minuman keras sebelum memandu
•Mengambil ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk
•Tergopoh-gapah untuk pulang selepas menyelesaikan tugas giliran malam
•Tahap dan jumlah masa tidur yang tidak mencukupi semasa memandu

                                       
Tips sebelum memandu

•Pastikan brek, lampu isyarat, tayar dan lain-lain dalam keadaan baik;
•Sentiasa membuat penyelenggaraan kenderaan anda mengikut tahap yang telah ditetapkan;
•Sentiasa mengikut undang-undang dan tanda-tanda amaran di jalanraya;
•Sabar dan bertimbang rasa di jalanraya dan sentiasa mengutamakan keselamatan jalanraya.


Sumber: http://polisperak.rmp.gov.my/polisperak/KhidmatNasihat/KESELAMATAN20JRAYA/TipKeselamatanJalanraya.htm

Kereta Tenggelam Banjir

 
Disini Ada Beberapa Tips Untuk Semua Tentang Tindakan Selepas Kereta Anda Tenggelam Banjir.
 
  • Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer.

  • (Untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti(harga untuk kotak gear baru Wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

  • Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

  • Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

  • Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.

  • Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).
Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html