Pages

Wednesday, November 24, 2010

Tips Jimat Petrol



Anda boleh mendapat tambahan penggunaan petroleum bagi kenderaan anda jika tahu caranya. Berikut adalah beberapa panduan mudah dan berguna untuk menjimatkan penggunaan petrol. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan, tetapi juga melindungi alam sekitar.

1. Elakkan membuat pemanasan enjin secara berterusan, walaupun pada waktu pagi yang dingin. Pemanasan selama 30 hingga 45 saat sudah memadai. Sebenarnya anda boleh terus memandu sebaik sahaja menghidupkan enjin kerana teknologi enjin pada masa ini membolehkan anda berbuat sedemikian. Dalam masa yang sama anda dapat mengurangkan penggunaan bahan api.


2. Jangan menghidupkan dan menghentikan enjin sesuka hati. Menghidupkan enjin dalam tempoh seminit menggunakan jumlah bahan api yang sama ketika memulakan enjin.


3. Elakkan daripada menekan-nekan enjin berlebih-lebihan, terutamanya sebelum mematikan enjin. Ini akan membazirkan bahan api serta menyebabkan minyak mengalir keluar daripada dinding silinder, dan seterusnya menyebabkan kehilangan tekanan minyak.


4. Jangan terus memecut kereta dengan laju. Tambah tahap kelajuan dengan perlahan-lahan apabila mula memandu. Jangan menekan pedal lebih daripada 1/4 kadar maksimum pedal. Ini membolehkan karburator berfungsi pada kecekapan yang sempurna.

5. Jangan letak kaki kiri anda pada pedal cekam semasa memandu. Tekanan yang sedikit pada pedal cekam akan menyebabkan ‘seretan mekanikal’ pada komponen-komponen, menyebabkan fungsi pencekam hilang dengan cepat. `Seretan’ ini juga meningkatkan penggunaan bahan api.

6.Elakkan daripada menggunakan jalan yang kasar kerana kotoran atau batu kerikil meningkatkan 30 peratus penggunaan bahan api.

7. Gunakan jalan alternatif yang selamat, pendek dan lurus. Jalan yang berselekoh, berlengkung dan berbendol menggunakan lebih banyak petrol. Jarak terpendek antara dua titik selalunya lebih lurus.

8. Masa lampu isyarat biasanya telah diselaraskan untuk memberi kelebihan kepada kenderaan. Dengan bergerak secara tetap pada had laju yang dibenarkan, anda berpeluang untuk melepasi lampu hijau di sepanjang jalan.

9. Letak kereta dalam keadaan anda boleh terus bergerak dengan menggunakan gear hadapan. Elakkan menggunakan gear mengundur bagi menjimatkan petrol.

10. Tanggalkan getah di bahagian bumbung kenderaan kerana ia boleh menyebabkan heretan angin. Permukaan yang kasar mengganggu pergerakan angin yang licin pada badan kereta. Fikirkan sebelum membeli kereta baru bahawa pelindung matahari boleh merencatkan pergerakan licin angin (dan jarak perjalanan).

11. Tutup cermin tingkap, terutamanya pada kelajuan yang tinggi. Tanggalkan karier pada bumbung jika anda tidak menggunakannya. Karier pada bumbung akan memberi kesan pada kecekapan aerodinamik kepada kenderaan dan ia menyebabkan heretan yang meningkatkan penggunaan bahan api kepada 5 peratus.

12. Guna pendingin hawa apabila perlu sahaja kerana pendingin hawa akan menambah tekanan kepada enjin. Alternatif lain adalah anda boleh menurunkan tingkap cermin kereta. Walaupun anda boleh hilangkan kecekapan bahan api melalui sistem aerodinamik, namun ia jauh lebih menjimatkan daripada menggunakan pendingin hawa pada kelajuan rendah.

13. Membiarkan enjin hidup dalam keadaan kenderaan berhenti akan terus membakar bahan api. Oleh itu matikan enjin ketika sedang berbaris atau menunggu seseorang.

14. Cuba mengagak aliran lalu lintas dengan melihat pergerakan kenderaan di hadapan, sejauh yang mungkin, bagi mengelak daripada berhenti dan menggerakkan kenderaan dengan kerap.

15. Pertimbangkan untuk berkongsi kereta apabila pergi ke tempat kerja atau ketika bercuti. Anda akan membantu mengurangkan kesesakan jalan raya dan penggunaan bahan api.

16. Rancang perjalanan kenderaan anda. Senaraikan tempat akan anda pergi dan gabungkan perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain berdasarkan jarak terdekat.

 Sumber: http://www.kkk.org.my