Pages

Tuesday, November 23, 2010

Memandu Perjalanan Jauh

    Tips Keselamatan Jalanraya

Rancang Perjalanan Anda

Jika anda akan melakukan perjalanan jauh, rancanglah perjalanan untuk mengelakkan rasa letih dan mengantuk. Tulis atau tandakan perjalanan anda di dalam peta perjalanan anda pastikan laluan alternatif yang boleh digunakan jika jalan utama mengalami kesesakan atau tidak boleh dilalui.

•Elakkan dari memulakan perjalanan pada waktu awal pagi atau memandu pada waktu tengahari selepas waktu kerja.
•Anda hendaklah berhenti berehat setiap 2 jam masa pemanduan dan berehat tidak kurang dari 20 minit.
•Ada baiknya jika anda ditemani oleh pemandu kedua yang boleh memandu secara bergilir.

•Anda lebih selamat menggunakan pengangkutan awam
      

Periksa kenderaan anda

•Tayar dalam keadaan baik;
•Tekanan angin tayar yang mencukupi;
•Lampu hadapan, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi;
•Cecair enjin kenderaan seperti minyak enjin dan minyak brek yang mencukupi
•Selenggara kenderaan anda di pusat perkhidmatan kenderaan mengikut jadual

Mengantuk Semasa Memandu

•Jika anda rasa mengantuk semasa memandu, besar kemungkinan anda akan terlibat dalam kemalangan jika ianya dibiarkan berterusan.
•Menambah kesejukan penghawa dingin, membuka tingkap kenderaan, mendengar radio, bercakap atau menyanyi hanya dapat menghilangkan rasa mengantuk untuk sementara waktu.
•Kesempatan tersebut boleh membantu anda untuk mencari tempat yang sesuai dan selamat untuk berhenti.

Perkara-perkara berikut boleh dilakukan bila anda merasa mengantuk:
•Jangan meneruskan perjalanan, cari tempat yang sesuai dan selamat untuk berhenti berehat
•Minum secawan atau dua cawan kopi keras yang mempunyai kandungan kafeina yang tinggi
•Tidur dalam tempoh 15 minit atau lebih. Hanya tidur sahaja yang boleh menghilangkan rasa mengantuk

                                          
Terlelap semasa memandu

Kemalangan jalanraya banyak berlaku kerana pemandunya letih dan mengantuk. Ini mungkin disebabkan:

•Perjalanan yang jauh dan menjemukan terutamanya sewaktu memandu di lebuhraya
•Memandu di antara pukul 2.00 pagi hingga 6.00 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
•Minum minuman keras sebelum memandu
•Mengambil ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk
•Tergopoh-gapah untuk pulang selepas menyelesaikan tugas giliran malam
•Tahap dan jumlah masa tidur yang tidak mencukupi semasa memandu

                                       
Tips sebelum memandu

•Pastikan brek, lampu isyarat, tayar dan lain-lain dalam keadaan baik;
•Sentiasa membuat penyelenggaraan kenderaan anda mengikut tahap yang telah ditetapkan;
•Sentiasa mengikut undang-undang dan tanda-tanda amaran di jalanraya;
•Sabar dan bertimbang rasa di jalanraya dan sentiasa mengutamakan keselamatan jalanraya.


Sumber: http://polisperak.rmp.gov.my/polisperak/KhidmatNasihat/KESELAMATAN20JRAYA/TipKeselamatanJalanraya.htm