Pages

Sunday, December 5, 2010

Memandu Sambil Jimat Minyak Petrol

1. Pandu pada kelajuan yang munasabah (dalam had laju yang ditetapkan) dan paling penting, memandu dengan lancar. 10 peratus peningkatan dalam kelajuan menyebabkan 21 peratus heretan akibat rintangan angin dan meningkatkan jumlah penggunaan minyak. Oleh itu, jangan meningkatkan tahap kelajuan dengan sesuka hati.

2. Elakkan daripada mengekori kenderaan di hadapan, terutamanya jika pemandu kenderaan di hadapan tidakdapat diduga cara pemanduannya. Ini bukan sahaja tidak selamat, malah boleh meningkatkan penggunaan petrol kerana kekerapan memandu dengan perlahan dan laju.

3. Memandu laju dengan menggunakan gear yang rendah akan menyebabkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus. Oleh itu tukarlah gear mengikut tahap kelajuan yang sepatutnya.

4. Tutup cermin tingkap ketika kenderaan bergerak laju di lebuh raya. Tingkap yang terbuka menyebabkan heretan angin, dan seterusnya menambah penggunaan minyak sehingga 10 peratus.

5. Berfikir sejenak sebelum anda menghampiri bukit. Jika anda ingin memecut, lakukan sebelum menaiki bukit dan bukannya ketika berada di atas bukit.

Pemeriksaan rapi

1. Penapis Udara – penapis udara yang kotor akan menghalang pergerakan udara ke dalam enjin, dan ini boleh mengganggu prestasi serta keadaan ekonomi enjin. Untuk memeriksa penapis udara, alihkan penapis dan angkat ia kepada cahaya matahari. Jika anda tidak dapat melihat cahaya menembusinya, maka anda perlu membeli penapis udara yang baru. Anda perlu menukar penapis udara bagi setiap 10,000 batu.

2. Tekanan angin tayar – Anda perlu memastikan tekanan angin tayar pada tahap yang disyorkan. Ini kerana tayar yang kembang hanya pada 1psi sahaja boleh mengurangkan kecekapan bahan api kepada 3 peratus. Angin dalam tayar biasanya akan hilang sebanyak 1psi dalam sebulan (disebabkan oleh faktor masa).Periksa tekanan angin tayar ketika cuaca sejuk kerana semasa kenderaan dipandu,tayar bersama-sama dengan udara di dalamnya akan dipanaskan, yangmenyebabkan tekanan akan meningkat.Tayar yang kempis atau kembang juga mempengaruhi penggunaan petrol.

3. Tempat simpanan barang kereta atau tempat duduk belakang – Keluarkan barang yang mempunyai berat berlebihan atau yang tidak diperlukan dari dalam but kenderaan. Bagi setiap 45kg yang dibawa,kecekapan bahan api boleh jatuh kepada 1 peratus hingga 2 peratus. Oleh itu, but atau tempat duduk belakang tidak terdapat barang-barang yang tidak berkaitan kerana ia hanya akan menambah berat kepada kenderaan.

4. Suspensi dan casis – Jika jajaran kenderaan tidak betul, roda dan gandar akan bengkok, hentakan dan pegas akan pecah. Ini akan menyebabkan heretan kepada enjin. Dengan ini, penggunaan bahan api akan meningkat. Di samping itu, ia boleh membahayakan jika dipandu dengan laju.

5. Penutup minyak – Pastikan penutup dipasang dengan ketat supaya minyak tidak mengalir keluar daripada tangki minyak.

6. Paras minyak – Pastikan kereta anda diservis dengan baik dan selalu memeriksa paras minyak. Enjin yang diperiksa dengan baik boleh memberi kecekapan bahan api sehingga empat peratus. Oleh itu, tukar minyak pelincir berdasarkan batuan yang ditetapkan dan servis kenderaan mengikut tempoh masa yang dicadangkan pengeluar kenderaan.

Sumber: http://www.kkk.org.my