Pages

Saturday, December 4, 2010

Cara Jimat Beli Minyak Petrol


1. Isi bahan api ketika suhu sejuk – sebaik-baiknya pada waktu awal pagi atau lewat petang. Dalam keadaan suhu seperti itu, bahan api berada dalam keadaan lebih tumpat. Harus diingat – pam minyak menyukat isi padu bahan api dan bukannya ketumpatan bahan api tersebut. Anda dikenakan bayaran berdasarkan sukatan isi padu.

2. Gunakan gred minyak pelincir yang dicadangkan. Dengan menggunakan minyak pelincir yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan, ia boleh memperbaiki kecekapan bahan api daripada 1 peratus hingga 2 peratus. Minyak pelincir yang berkualiti boleh membantu enjin beroperasi dengan lebih cekap.

3. Elakkan daripada mengisi tangki minyak sehingga penuh. Isian yang berlebihan boleh mengakibatkan minyak berkocak dan terkeluar daripada tangki. Jangan mengisi minyak setelah mendengar bunyi “klik” daripada nozzle minyak, sekiranya nozzle jenis automatik.

Aksesori yang merugikan bahan api

Satu lagi cara yang boleh merugikan minyak ialah memasang aksesori yang tidak dibenarkan oleh pengeluar di bahagian luar kenderaan. Berikut menunjukkan bahawa pemasangan aksesori/pengubahsuaian menggunakan lebih banyak bahan api.

Aksesori/Ubahsuai Dan Kesan kepada kereta:

Tayar yang lebih luas => Menambah ketahanan berpusing

Menaikkan kereta anda => Mengurangkan sifat aerodinamik

Ekor kereta / Kepak GT => Mengurangkan sistem aerodinamik

Memilih jenis petrol yang sesuai untuk kenderaan juga penting. Biasanya, terdapat dua jenis petrol,iaitu petrol premium dan petrol biasa. Petrol premium lebih mahal daripada petrol biasa, tetapi jangan menganggap bahawa petrol premium lebih baik.

Kualiti petrol diukur melalui ‘nombor oktan’. Petrol premium mengandungi kuantiti ‘Research Octane Number’ (RON) yang tinggi daripada petrol biasa. RON yang lebih berkualiti bermakna bahan api akan dibakar lebih cepat and melancarkan enjin kerana ia lebih tahan kepada hentaman enjin. Hentaman enjin tidak baik untuk kereta anda.

Bagaimanapun, setiap kereta direka untuk berfungsi dengan cekap mengikut nombor oktan yang berbeza. Kebanyakan kereta mewah dan kereta lumba menggunakan petrol premium sebagai bahan api mereka. Tetapi, sebahagian besar kereta direka untuk berfungsi dengan cekap menggunakan petrol RON biasa. Oleh itu, periksa manual kenderaan bagi mendapatkan RON yang sesuai untuk enjin. Anda boleh mengurangkan kos tidak berkaitan dengan menggunakan RON yang tinggi.


Sumber: http://www.kkk.org.my